Genderang Perang PRU14 - Antara Realiti dan Fantasi



Majlis Genderang Perang PRU14 - Antara Realiti dan Fantasi anjuran Kelab Sahabat Najib N87 Terengganu bersama NGO-NGO dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di Kediaman Rasmi MB (Seri Iman).

Majlis Silaturahim Raya 1438H


Assalamualaikum wbt & salam aidilfitri sahabat-sahabat N87..
Dengan hormatnya kami menjemput Yang Berbahagia ke "Majlis Silaturahim Raya 1438H"
Anjuran bersama:
  • Kelab Sahabat N87 Terengganu
  • Malindo MBCC Asia
  • Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC)
  • Dan NGO-NGO

Pada 15hb Julai 2017 (Sabtu) 
12pm hingga 5pm
Bertempat di Ballroom Utama Mtree Hotel, Puchong.
MTREE Hotel
6, Jalan Kenari 12, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
03-8071 2333
Semoga dalam kesudian jua...
Terima kasih.

Dato' Sri Hj Abdul Rahman bin Bakar
Pengerusi Kelab Sahabat N87 Terengganu

Jamuan Aidilfitri 2017/1438H N87 Terengganu

Dengan segala sukacita dijemput YBhg sahabat-sahabat ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri N87 Terengganu pada 1hb Julai 2017 (Sabtu) jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Hotel Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Terengganu.

N87 Terengganu dilancarkan Sabtu ini


DUNGUN 18 April - Kelab Sahabat Najib '87 (N87) akan dilancarkan penubuhannya di negeri ini Sabtu ini bagi memperlihatkan sokongan padu kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kelab yang bakal menghimpunkan bekas-bekas pemimpin Pemuda UMNO negeri ini di era Perdana Menteri menerajui pergerakan itu juga bagi menyemarakkan semangat perjuangan parti.

Pengerusi kelab itu, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar berkata,  pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Majlis di kediaman Menteri Besar itu dijangka dihadiri lebih 1,000 orang termasuk kalangan para Exco Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, veteran UMNO dan para pemimpin masyarakat,"ujarnya di sini hari ini.

Katanya, kelab ini juga akan turut berperanan membantu ke arah kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kita tidak mahu berpeluk tubuh sahaja. Kelab ini juga akan dijadikan platform untuk kembali bergerak menggandakan perjuangan sekali gus menangkis segala usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri,"ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Pelancaran Kelab Sahabat Najib Razak N87 Terengganu

Pelancaran Kelab Sahabat Najib N87 Negeri Terengganu





Unit Teknologi, Komunikasi dan Multimedia N87 Terengganu